Dialog Berbisu

00:14


salam

sebelum aku nak citer benda kat atas aku nak cakap tahniah kpd harimau malaya sbb menang 2-1 kat atas tailand ptg tadi(ptot boleh 5-1,4-1 kot)

maksud dialog berbisu tu bukan bermakna kita bercakap mulut gerak tapi kita xnak mengeluarkan suara.....aku mksudkan yg keadaan bila kita bercakap dlm hati
ketika aku menulis ni pun aku tgh bercakap dlm hati tapi camner ek (ak tertanya2 bersendirian)

bnyk contoh sebenarnya utk situasi org guna alasan bercakap dlm hati spt:

>kalau jwb salam - eh,ak dah jawab la..dlm hati..suara aku emas kot

>bila nk makan - adik, dah baca bismillah ke blom? jwbnya - dah la mama...dlm hati tadi,mak x dgr ke? (anaknya kemudian didenda tulis Bismillah 100 kali)

>bile cam menyampah ngan org - benci tol aku ngan mamat tu...(nak kata kuat2 takut dlm hati boley la) pastu ckp "eyy mane ade,aku x ckp apa2 la"


kalau dalam drama plak lagi bnyk la bercakap dlm hati

>"aku dah rancang sumer nye haha, siap la jaya holdings lepas ni terutama kau hakim" (kalau yg jahat la)

>kalau drama2 cintan cintun canton - "aku nak bagitau yg aku sayang kau, ak cintakan kau tapi aku x berani namun aku x sanggup bla bla bla bla"


cuba bayangkan kalau Tuhan x bagi kita nikmat utk bercakap dlm hati? mau nye huru hara dunia. Ye la kan semua cakap lepas je xleh kontrol.Memang la kita x berniat nak cakap buruk pasal seseorang sebab takut kecik hati dia lalu kita boleh luahkan kpd diri kita sendiri. tapi jgn la pulak pendam je perasaan tu nanti boleh jadi macam....apa? pikir la sendiri sbb aku xtau nak tulis apa

mungkin sebenarnya haiwan dan tumbuhan pon boleh bercakap dlm hati cuma kita yg xtau. mana tau haiwan pon ada yg bergosip2 pasal manusia cam kita (jgn pulak pergi marah haiwan peliharaan anda lpas ni plak)

ha ni pasal niat plak...kalau nak buat sesuatu mesti la dgn niat dan bila niat plak selalunya niat dlm hati...ade ke yg niat mandi wajib kuat2 sampai org luar tandas tau apa yg berlaku ke atas mereka2 yg terlibat..nak niat utk derma lagi la x bleh kuat2 cthnye "sahaja aku derma 10 sen kpd sekian2" tapi apa yg penting ialah mesti ikhlas bukan apa yg penting kerjasama wonderpets tu (rasa nak tampar je watak2 dlm kartun tu)

jadi guna kelebihan bercakap dlm hati dgn sebaik-sebaiknya...kalau niatnya baik,dpt pahala la insyaAllah

*hati*

kalau seorang seronok, kalau dua orang duaronok (tetibe)
_dah_habis


You Might Also Like

1 Ribu mas kahwin

Dijemput KOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...