Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan dalam kenangan

18:49


 Assalamualaikum



Alhamdulillah, aku sudah hampir 3 minggu duduk rumah , meninggalkan zaman belajar untuk sementara waktu. Mungkin?. Aku masih cuba untuk menyambung menulis dan diharap ini berkekalan , rasanya dah lama aku tak kemaskini blog ni. Anda rasa saya ada masa untuk menulis? (Baca gaya iklan panadol)

Orang kata zaman selepas belajar tak kisah lah diploma ke degree , ini merupakan tempoh sukar kerana kita mula keluar dari persekitaran institusi tinggi dan ada sesetengahnya sudah ada perancangan yang teratur dan mungkin sesetengah yang lain, macam aku kahkah, masih terkapai-kapai dalam merancang dan memilih, dan cuba sedaya upaya untuk menternak anggur yang terbaik untuk dituai.

Post ni aku tujukan khas kepada sesiapa yang nak masuk ke UIAM Kuantan tahun ni atau tahun-tahun seterusnya, sebagai pengenalan la orang kata.

UIAM kuantan ni baru sahaja menyambut ulang tahun ke 20 nya kira-kira sebulan lepas (muda lagi woo) dan masa aku tahun keempat baru nampak kehijauan pokok sekeliling kampus. Kalau masa aku tahun pertama dekat kuliyah mana-mana pun macam takdek tempat nak berteduh pon, pokok semua kurus cekeding je. Dalam kampus ni ada 6 kulliyah:

1. Kulliyyah of Allied Health Sciences (di sini terletak nya program aku, Bachelor of Physiotherapy (Hons) )
(google.site)
2. Kulliyah of Medicine
from cfsmedcy.blogspot.com

3. Kulliyyah of Science

4. Kulliyyah of Pharmacy
                                         
5. Kulliyyah of Nursing ( baru dibina, bangunan lama di Jalan Hospital Campus dekat HTAA)

6. Kulliyyah of Denstisry ( bangunan paling lawa di uia kuantan)


Masjid UIA (belakang tu hospital UIA dekat je, cool kan)

Office of Campus Director

One stop student center

Bilik dalam mahallah, kalau bilik postgraduate lagi besar

Kafe mahallah/asrama

Kompleks sukan (boleh kata lengkap jugak, ada swimming pool, cuma malam susah , indoor court kena book kalau nak main, dan futsal hanya siang je boleh main lampu tak bukak untuk court outdoor, futsal ada 4 court total)




Kulliyyah paling dekat dengan mahallah kulliyyah of Science , Pharmacy , kira ok la kalau nk jalan kaki , satu lagi jauh gak tapi orang jalan gak (sister biasanya) kulliyyah of Allied Health, dan kalau nk lagi senang orang naik bas je, frekuensi dia banyak juga.

Mahallah ada tiga (satu untuk lelaki dan 2 untuk perempuan, perempuan ramai gila, lelaki sikit sampai ada satu blok dalam mahallah lelaki tak pakai langsung. Makanan kat kafe biasa-biasa sahaja dan kadang-kadang sampai level kau nak makan,  kena redha dengan apa yang ada. Kafe paling best aku rasa dalam kampus ni adalah di bangunan OCD (office of campus director , bangunan budak-budak baru angkat sumpah) dan jangan tertukar dengan OSC (one stop student center). Kafe kat OCD ni level sedap dia 2,3 tingkat banding dengan kafe lain dalam tu, harga bapak murah

Kedai makan kat luar area kuantan dan indera mahkota banyak jugak yang sedap, ni aku senaraikan ,tak ikut ranking murah atau mahal , cuma ok la rasa dia bagi aku

1. Nasi lemak anjing  (malam)
2. Pecal ASAMA (malam)
3. Nurindah (malam)
4. Warung Aja (siang)
5. Sedap weh ,MABIQ (siang)
6. Pak lah (pagi)
7. Nabila tomyam (malam)
8. Celup (malam, tak sedap tapi port tgk bola selalu)
9. Bapuk @ mari rasa (malam)
10. Lebak cafe (malam)
11. Bombay daun pisang (siang malam)
12. Assam house (siang malam)
13. Hai peng (pagi)
14. Gerai2 area masjid im2 (pagi n tengahari)
15. Pasar malam di dekat masjid afzan, setiap jumaat


Ada lagi la kedai tomyam, western, dan desert yang lain tapi ini bukan blog makanan

Setakat ini dulu, aku habiskan dengan gambar budak batch aku

30 orang semuanya,4 tahun harung susah payah belajar dan praktikal di hospital-hospital, semoga semuanya capai cita-cita masing-masing

_dah_habis

You Might Also Like

0 Ribu mas kahwin

Dijemput KOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...