Org masjid dan gelagatnya.

00:38




Sebelum ni aku fikir setiap org yang pergi masjid tu niat masing-masing baik, suci, ikhlas tetapi dalam dunia ni macam-macam perangai orang yg kita belum terokai (dalam hidup ni kena la banyak meneroka kan)
Mesti korang semua dah tau ke mana cerita ak meng'arah' kan?
Tentu la pasal kecurian ! ! !


Pada hari pertama ak menjejakkan kaki ke pusat asasi UIA utk menghadapi sem terakhir ak, ak punya  laptop dan hardisk ak dah kena curik masa
ak tgh solat.Kejadian ni berlaku dalam masjid yang dalam CFS uh.Masjid dalam uia tapi pagar depan nya open kepada sesiapa yg ingin tunduk kepada Allah.

Aku sampai kat sana dalam pukul 12 camtu dan aku terus ke pejabat mahallah aku nk pergi amik kunci bilik.Pastu tgk dpn pintu "Rehat 12.30 -2.00". schickt - kate aku dalam hati. Ak pun pergi la lepak kat lobi bwh pastu dgr la azan zuhur berkumandang. Disebabkan level iman aku time tu membuak2 maklumlah hari pertama bukak sem pastu alih2 sembahyang dalam bilik gak. Ak pun pergi la masjid, beg2 besar sumer aku tinggal kat lobby (kat lobby tu ade bilik pak gad so takde la risau sangat.


Memang silap ak tidak meletaknya depan ak dan ak telah meletaknya dekat tepi hujung belakang . Dan disebabkan sembahyang berjemaah (padahal tok imam dah last rakaat)
ak tergerak ke saf depan2 utk penuhkan saf jd beg ak tertinggal la sorang-sorang kat belakang. Memang beg tu dah berada dalam keadaan blind spot.
Pastu selepas 5,6 minit camtu habis sembahyang ak terus pergi dekat beg dan kompem2 la terkejut babun ak rase tetiba jd ringan.
Aku pun apa lagi dgn kain pelikat pastu ngan kaki ayam nye keluar masjid tgk2 kot2 ade lagi manusia durjana tu kat luar.


Cari keliling masjid,aku tenung2 jauh, mata meliar bak serigala lapar . Tetapi segalanya sudah terlambat, awek yg aku bela yang hanya dua bulan lagi nk 1st anniversary sudah hilang dan aku sedar yang harapan utk dapat balik
sangatlah tipis kerana pencuri tu mungkin dah sampai India. Kemudian aku terduduk jap dpn masjid, termenung dan termenung memikirkan kesilapan aku. Sangat bodoh dan sangat tajam pengajaran hari itu.


Memang bangsat gila babi la pencuri tu.Tak pernah terdetik di hati aku org yg pergi masjid sanggup curi barang2 pelajar, beg aku tuh kat bahagian atas (masjid ada dua bahagian atas n bawah). Jadi aku ingat
org yg naik kat atas2 tuh orang yg level imannya pun atas2 la gak la .haha


Banyak giler benda dalam tuh yang aku sayang terutama gambar2 lah.(gmbr yang tidak boleh dicari dlm fb)
aku punya game yg x habih lagi main, banyak duit yg aku labur utk laptop tuh.

Jadi pengajaranya di sini.....kerja la KUAT2 sampai dapat duit banyak pastu baru la ada duit nk beli beratus laptop. Sebabnya kita xleh halang pencuri2 ni dari mencuri , dah nama nya pencuri. Sedangkan bank pun senang je sek yo pecahkan apatah lagi org2 yang cuai cam aku .Haha.

ni la masjid nya


_dah_habis


You Might Also Like

1 Ribu mas kahwin

  1. assalam ..


    lawaklah , ada ke meh ? tingkt atas untul iman level atas .?? huhuhu ..okay ..

    ini baru laptop , selipar bunga saya yang buruk dah nak tercabut pun orng kebas ....

    selamat mengumpul duit ya ! ^^

    oh ya , tenks dtg blog gua !!

    ReplyDelete

Dijemput KOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...