Kucing aku jatuh

02:43

Assalamualaikum..


Tepat jam 7 mlm 1 november 2012 , selepas aku baru shj habis main badminton secara tiba-tiba........
.......WARGHH!!!...gua igtkan apa , rupa-rupanya adik aku . Dia masuk dalam rumah pastu terus duduk atas kerusi merah yang empuk tersebut. Tetapi...riak mukanya tidak menggambarkan kegembiraan seperti org yg duduk atas kerusi yg enak lg berkrim. Kemudian dia bersuara..


Adik aku ckp yg kucing warna oren kesayangan kitorang telah jatuh...jatuh...dalam ..dalam apa? cuba teka

a. Kotak
b. Lubang ular
c. Telaga
d. mimpi
e. bukan semua di atas



ha..jwapan adalah....jeng jeng jeng !! jatuh dalam ....TELAGA!!. Bapak ah.walaupun gaya adik aku cerita mcm x cemas dan macam kucing tu dah mati dan xleh buat apa2 lagi tapi sebenarnya kucing itu masih HIDUP dan sedang berenang dalam telaga .Boleh plak selamber adik gua nih. Jadi, tanpa melengahkan masa aku pun berlari la ke arah telaga (jiran punyer) tersebut. Tengok2 ada kucing tu tgh...senang korang bayang kan la mcm org nak lemas yg tgh terkapai-kapai. Giler cuak aku igt dah sampai masa kucing tu pergi tinggalkan dunia yg fana ini.


Namun begitu,  amacam dramatik x cerita ni? haha..pastu terlintas di fikiran ini idea Allah bagi nak guna net badminton yg aku main td utk selamatkan kucing aku tuh.Dapatkah aku menyelamatkan keadaan? Apakah akan terjadi kepada kucing aku tersebut? Adakah penamat gembira untuk cerita ini?

setelah beberapa kali mengjatuhkan net  tersebut, Alhamdullilah encik kucing dapat gak berpegang guna kuku beliau dan aku terus menaikkannya .Hasil nya, kucing yg basah lencun habis dan penuh ketakutan di muka...panjang lagi umur kucing aku rupanya . Yalah ,walaupun ni bukan manusia tapi tgk gaya encik kucing tu terkapai-kapai mengapungkan diri dan x pernah diajar berenang di pusat akuatik negara buat aku cemas giler kot , x pernah lagi aku tgk kucing dalam keadaan macam nih.


so, tu lah kisah nya pasal kucing . Tinggal 8 lagi la nyawa beliau...ni kira die hard satu la wakakakah

pasal aku? ni baru mula cuti sem (xtau nak buat sekarang) tinggal satu sem je lagi kat asasi uia tuh..degree? xtau nak sambung degree apa padahal pilihan dah makin sempit x mcm lepas spm dulu..sigh...tapi bersyukur la kita masih ada pilihan dalam hidup


_dah_habis

You Might Also Like

1 Ribu mas kahwin

Dijemput KOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...