perangai asas kita

23:04

Assalamualaikum.

Dalam filem, walau pun cerita yg digambarkan lain, penceritaan nya berlainan, ada perang, cinta, lawak tapi akhirnya yg benda utama ditonjolkan ialah sikap atau perangai asas manusia kat atas bumi ni walaupun ia filem pasal alien. Tapi semestinya la kan filem2 tersebut dibuat secara 'exaggerated', namun tetap x lari dari kehidupan manusia.


Sebagai contohnya, cerita transformers,dua puak bergaduh nak menatang energon cube hape ntah yg sampai  perang hancur amerika mungkin secara asas nya hanyalah mungkin adik-beradik bergaduh berebut remote control tv sebab sorang nk tgk vanilla coklat sorang lagi nk spongebob seluar petak.


Sejak akhir-akhir ni, rakyat malaysia khususnya remaja islam semacam diuji sama ada dari segi budaya mahupun pemikiran. Apabila cerita pasal budaya x lari lah dari nak cakap pasal 'oppapapapa gangnam style' haha. Nak benda tu baik, x jugak. Nak kata paranoid, ada bnyk lagi benda yg merosakkan , melalaikan, dan penuh konspirasi.


Kalau tny ak pasal benda tu aku akan cakap benda tu sama lah jgk dengan fenomena benda lain seperti mat bieber, drama korea, lady gaga iaitu haram jika melalaikan sampai lupa sembahyang. Dan pasal satu ipta buat show tarian gangnam yg menampilkan  budak perempuan (bajet aku tua) tgh menari tu aku rasa  kena kaji balik konsep penerimaan kat universiti tuh.Ramai terima x semestinya benda tu betul kan.


Satu lagi pasal filem hina Rasullulah SAW. Pasal tu aku xtau sebab xtgk lagi filem tu.Dan aku ada terbaca berita pembunuhan duta amerika kat libya disebabkan oleh filem nih dimana duta tu memang x takde kaitan langsung dgn filem nih...kot. Jangan sampai terjadi kat malaysia sudah.


Sebenarnya apa yg aku nak kaitkan dgn intro tuh ialah perangai kita dari segi penerimaan. Macam mana kita nak terima benda yg dalam jangka masa panjang nya kita tidak tahu baik atau buruk mereka dan sejauh mana kita dapat kawal benda2 tu. (9gag contohnya. post2 kat situ lawak tapi kalau  baca sape lagi mudah terpengaruh.budak2 atau remaja2 atau org dewasa )

setakat tu je la nak tulis. sebenarnya aku tak pandai lagi nak tulis benda2 camni sebab takut tersalah info dan jadi blur bila dah tulis banyak .eleh padahal baru 3 perenggan

pape pon Selamat Hari Malaysia yg ke... berapa ah.. dah lupe dah.malaysia tubuh 1963 jadi 2012 tolak 1963 dapat berapa?


_dah_habis

You Might Also Like

0 Ribu mas kahwin

Dijemput KOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...