Demam Piala Dunia WEEEIIIIIII

09:13

Assalamualaikum

Lama tinggal blog ni, alih-alih piala dunia FIFA dah pun bermula. Keputusan final exam haritu pun dah keluar jadi boleh la enjoy tgk world cup tanpa perlu ada rasa syak wasangka. Artikel ni ditulis semasa Portugal menentang Captain Amerika dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan huhu.

Aku sebenarnya sokong Spain tapi nak buek camno kan, dah terkeluar awal. Ni sebab korang la tak undi diorang (ceh hambar). Aku jadi la macam lalang, aku tukar sokong  Belgium  plak, kalau diorang kalah aku tukar team lain pulak. Bukannya apa, aku tgk bola ni bukan tgk saje2, aku nak mendaulatkan permainan bola tu cewah. Tak kisah la sokong team mana pun weh, bukannya Malaysia ada pun kat sana.

World cup tahun ni memang tak dijangka keputusan dia kan, team power2 pun kalah ngan team biasa2.

Tapi sekarang ni ada dua kes aku nak cerita pasal piala dunia ni

Satu - ada orang meninggal dunia kerana tengok perlawanan piala dunia

Dua - ada org meninggal dunia kerana protes perlawanan piala dunia

Apa BENDA yg sama ? Kedua-dua nya melibatkan kematian kan. Kedua-duanya jugak melibatkan piala dunia.

Orang yg mati disebabkan tgk piala dunia tu adalah kerana terlebih penat dan ada darah tinggi jadi bila 'over' sgt tgk bola.....jadi la camtu. Berita penuh korang cari la sendiri.  tekan link ni

Korang rasa berbaloi tak seorang manusia tu mati kerana tgk bola? Dah la negara diorang tak masuk pun , tapi sanggup tu nak memperjudikan kesihatan sendiri semata-mata kerana bola sepak. Memang dalam dunia bnyk org mati kerana faktor2 yg pelik2 tapi mati kerana tgk piala dunia ni bagi aku tak perlu sampai macam ni sekali. Aku kalau ngantuk terus tidur lantak la bola tu best ke tak, tapi lain la kalau korang ni pemain bola sepak yg betul2 main utk kelab ke hape ada logik gak. Kita ni yg org biasa2, kerja biasa2, student plak tu, nk tgk bola sampai memudaratkan diri buat apa.

Kemudian yg kedua org mati time protes kerana dilanggar kereta . Berita selanjutnya tekan sini. Dia dilanggar kerana pemandu tu marah sebab org protes ramai berkumpul menyebabkan dia sukar melalui jln tersebut lalu POWW, terlanggar  la geng2 protes tersebut. Kalau korang nk tahu kenapa diorang protes bleh la carik sendiri berlambak. Ni contoh link.

Apa yg berlaku memang kita sbg manusia tak dapat elak kerana kita tak tahu bila kita mati, tapi kita kena tahu keutamaan perjuangan kita, apa yg patut kita korbankan dalam hidup kita . Lebih-lebih kita yang beragama Islam ni, apa faedahnya terlalu fanatik tgk bola, kalau main bola lain cerita.

Bak kata Ust Hasrizal, main bola tu sukan dan menyihatkan, piala dunia tu industri dan hiburan jadi fikir2 la sendiri.


_dah_habis



*aku minat dia





You Might Also Like

1 Ribu mas kahwin

Dijemput KOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...