Kita kuat kerana kita....?

01:24

Assalamualaikum.....

Hari ni hari selasa. Cehh padahal masa tulis dah lepas pukul 12 dan skrg ni dah pagi rabu. Apasal tak tidur lagi? Aku tgh tunggu Chelsea lwn Athletico Madrid skjp lg, SEMI FINAL BROOOO!!! Kalau bab bola sggup je tunggu, kalau sruh bgn tahajjud liat je badan. Bak seekor kucing yg kelaparan tetapi tiada sape yg nak bagi makan. Ceh apa kaitan.

Sebelum tu aku nk kongsi la sikit kisah budak fisio kat uia nih. Masa sem 2 ni, hampir setiap hari kitorang ada sesi aerobik. Setiap org akan conduct sesi aerobik dan akan ada markah yg akan masuk pointer. Jadi tak salah la kalau ak cakap budak fisio takde yg gemuk2 . Setiap hari aerobik start pkul 8 dan amik masa dalam 30-45 minit shj. Nasib la kalau korang berpeluh time aerobik pastu pergi kelas dgn peluh2 tu.

Korang tahu tak apa makna senaman aerobik tuh? ia bukannya sebuah makanan ataupun jenama ubat gigi. Ceh hambar gila. Ia adapun bermakna pergerakan yg memerlukan otot2 korang bergerak secara berulang-ulang atau dalam bahasa mat saleh " movements that require large muscle groups , can be mantained continuosly and rhythmic in nature".  Oleh yg demikian, senaman aerobik bukan shj yg mcm menari2 tu, kalau korang rasa korang tgh buat pergerakan yg berulang2 dan guna otot seperti jogging dan berenang,ia juga dikategorikan sbg senaman aerobik.

Selesai sudah kelas hari ni, ni nk kembali pada tajuk. Ada member aku hari tu tny diri aku yg jahil ni, apa sebenarnya yg buat seseorang tu kuat? Time tu aku tgh main dumbell kerana aku bajet sado. Dia dtg dekat dgn aku pastu cakap
 " benda yg ko buat ni boleh timbul riak ni, main otot2 sumer nih"
 " kalau perempuan tgk msti ko rasa bangga kan"

Pastu aku ckp la aku ni budak fisio, kena kuatkan otot, padahal dalam hati kadang2 terselit la bajet sado walhal badan keding je

Dia tny lagi
" ko tau apa yg buat seorang muslim tu kuat?'

Aku pun dgn tanpa garu-garu ckp la iman tu kena kuat

Lalu dia menjawab
" seorang muslim tu kuat bila dia mampu menahan marahnya dan mampu pergi sembahyang jemaah awal waktu kat surau tu...."(sbb masjid jauh, so student sini smayang kat surau)

Pastu dia blah membiarkan aku terus hanyut dgn dumbell aku. Tup tup azan bunyi dan selang dua tiga minit dah  pun iqamat. Time tu  aku tak mandi lagi , aku pun pandang dumbell kat tgn, pastu dumbell pandang aku, jadi kami saling bertukar pandangan. Kemudian terjadi la konflik dalam hati ini. Last2 sembahyang kat bilik je.

Rasa kecewa pun ada. Kadang tak mampu fikir utk diri sendiri.

Cerita ni hanya utk dijadikan sebagai peringatan terutama pada diri sendiri.

_dah_habis



You Might Also Like

0 Ribu mas kahwin

Dijemput KOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...