Tahun di belakang , Tahun di hadapan

01:23

Assalamualaikum

Menjengah 2015, rasanya belum terlambat aku raikan tahun baru masihi bersama pembaca-pembaca yang aku pasti wujud,tetapi tidak kelihatan oleh mata kasar aku.

Sibuk tidak menterjemahkan kekerapan aku mengemaskini blog ini kerana aku tidak lah sibuk sangat. Malas lebih sesuai, kot.

 "If you spend too much time thinking about a thing, you'll never get it done" (Bruce Lee)


Betul ke Bruce lee pernah kata begitu? Entah,kerana aku bukan bff dia. Sebenarnya, selalu sahaja berfikir nak tulis,tetapi apabila terlalu banyak fikir, idea tu cuma tercurah-curah keluar daripada kepala bukan daripada jari yang menaip.

Duduk atas kerusi. Cuba untuk tengok tv. Ternampak adik aku keluarkan buku dan buat kerja sekolah dia. Aku tanya

Buat kerja sekolah ke?

Ye la.

Aku mengharapkan jawapan yang sarkastik seperti "eh taklah tgh basuh baju" tetapi muka adik  aku yang baru mula tingkatan 1 menunjukkan yg dia malas nak layan aku lalu memberi jwpn yang padat dan mutakhir.

Aku tengok kerja apa yg dia buat. Aku mengeluh. Kenapa? Latihan yang diberikan sama dari segi pelaksanaan seperti aku sekolah dulu,yakni menyalin.Mungkin ini hanya satu dari 10 jenis latihan yg diberikan,mungkin lah. Namun setelah aku meningkat umur dan memanjang janggut, aku terfikir apa tujuan latihan yg berkonsepkan menyalin sebijik-bijik benda yg memang terang-terang ada dalam buku??

Aku rasa mungkin niat cikgu nak suruh anak murid baca isi kandungan yg disalin tetapi aku rasa berapa ramai baca (baca :faham) isinya.Kemudian aku fikir, tingkatan satu,emm mungkin boleh diterima lagi.Aku dulu ting 3 pun masih diberi latihan menyalin 100% macam ni dan apa yg aku salin terang terang aku tak faham.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi?
Aku yg duduk di universiti ni pun masih pening fikir nak makan dkt mana .KBAT nama lainnya  tu ialah kurikulum terbaru PT3 yg mengantikan PMR.Tahun pertama pelaksanaanya menyaksikan penurunan drastik bilangan yg mendapat A .Utk sekian lama,turun jugak prestasi.Padan la,belajar kat kelas pun belajar cara-cara nak jawab soalan peperiksaan.Padahal,isi pelajaran sama saja dari dulu cuma dipersembahkan secara berlainan dalam buku-buku yang baru dicetak.Habis,ilmu itu tidak dijiwai dan tertanam.

Aku teringat satu filem ni,tajuk dia Dead Poet Society lakonan Robin William (dah meninggal rasanya). Dalam filem itu, dia sebagai seorang guru sastera di sebuah sekolah elit (budak-budak pandai dan kaya).Apa yang menariknya, melalui matapelajaran sastera, dia cuba lahirkan satu perasaan cintakan ilmu dan kebebasan utk belajar dalam diri budak-budak kelas dia.

Banyak puisi yang dituturkan dalam filem ini menerangkan tentang kelainan keupayaan manusia dan kita boleh menyumbang keupayaan kita dalam cara kita masing-masing.Tak semua orang dilahirkan untuk jadi doktor,jurutera dan guru. Tetapi apa yang penting,sumbangan kita yang menjadikan kita sebahagian daripada masyarakat.

You Might Also Like

0 Ribu mas kahwin

Dijemput KOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...