Apa filem yg korang timbangkan utk tgk2?

22:04


Salam

sejak 2,3 tahun ni tentu korang sedar yg filem2 malaysia dah mencapai kualiti2 yg penonton macam kita2 ni suka tgk kan
bukan nk kata dulu xde cerita best2 tapi purata dlm setahun cerita kualiti tinggi mungkin dlm 3,4 cam tu dan hnya terhad pada
genre2 filem yg popular shj cam komedi dan seram kalau cam tema drama,kekeluargaan tu cam kurang ckit
tapi skrg dah bnyk kan filem best2 buatan malaysia

oleh itu, kalau pergi wayang pun kalau nk labur dlm filem malaysia pun mcm rasa berbaloi la jgk dari asyik tgk filem2 luar yg
bnyk pasal adaptasi superhero la, cgi 3d yg power2 gile la dan kadang2 rasa cam berulang2 la plak..

tema2 filem2 (sila baca dlm gandaan dua sbb aku tulis camtu) biasanya terbahagi kepada = komedi, aksi, seram, drama, romantik dan sesaje nk tmbah iaitu kategori
animasi..dan juga kategori2 hybrid seperti romcom, drama aksi,komedi seram
Jadi, dalam kategori2 mcm ni filem dari negara mana yg korang akan pergi tgk dan nk tgk? filem malaysia atau luar negara?

memandangkan kucing kat kolej aku dah beranak semalam jadi ak bagitau apa pendapat aku

berdasarkan kategori

KOMEDI (dan hybrid2 nya jgk)

aku pilih filem...dari Malaysia la
sebabnya aku rasa filem lakonan pelakon malaysia lagi lawak la dari luar..bukannya nk xkata lawak diorang xbest atau aku x paham
tapi aku rasa lawak kita budaya kita masyarakat kita dan terasa lebih dekat di hati ,limpa, dan jantung
dan filem yg aku syorkan yg boleh ditonton utk kategori ni ialah

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH



AKSI (dan hybrid2  nya jgk)

ni memang filem malaysia xcapai tahap yg aku rasa best utk tgk sebab aku rasa dana memang x segempak filem2 luar yg beratus-ratus juta ringgit so dalam kategori ni filem malaysia x menang lagi la..igt ya x menang lagi bukannya kalah ,mungkin beberapa tahun lagi kot tapi yg best setakat ni tgk filem kl gangster je la kot
dan filem yg aku syorkan yg boleh ditonton utk kategori ni ialah

DIE HARD (xkira la 1@2@3@4)


SERAM (dan hybrid2 nya jgk)

kalau nk diikutkan kalau dulu2 filem seram melayu kalau aku tgk mesti seram sebab ye la kan dah la hantu2 tu kat sekeliling kita je kan so terasa mcm dekat je..kalau hantu2 filem kat luar mcm ok lagi sebab rasa jauh sgt x mungkin diorang boleh sampai cni kot pastu duk belakang cermin tandas kita pastu tgk kat cermin ada hantu kua kua kua..tapi skrg cerita seram mcm lebih kurang sama je plot nye
dan filem yg aku syorkan yg boleh ditonton utk kategori ni ialah

...xde (sebab filem seram xde suriram ram suuuriii ram ram suri ram yg manis..xtau nk tulis hape)

ROMANTIK (dan hybrid2 nya jgk)

utk kategori ni aku bagi seri la sebab filem romantik ak main tgk je dan xde la 'feel' sgt pon bila tgk cerita pakwe/makwe nih
dan filem yg aku syorkan yg boleh ditonton utk kategori ni ialah

xlain x bukan..... TITANIC (sgt la overrated kan u oolss)

DRAMA (dan hybrid2 nya jgk)


yg ni terang tang tang nasi kengkang aku bagi filem malaysia la kan..walaupun ia lebih kurang cam genre romantik tapi ia tidak la mengangkat kisah hero sayang heroin pastu kahwin tapi lebih bnyk cam kisah
kekeluargaan, persahabatan, dan lain-lain lagi (padahal xtau ada lagi ke tak)
dan filem yg aku syorkan yg boleh ditonton utk kategori ni ialah

PAPADOM


ANIMASI


di sebalik skrg ni malaysia cam dah kuar bnyk cerita animasi tapi dari segi kualiti masih x bleh lawan filem luar dan tentunya faktor utama ialah bajet dan tenaga kerja..jadi kategori ni filem luar menang, buat masa skrg la
dan filem yg ak syorkan yg boleh ditonton utk kategori ni ialah

TOY STORY 3 (serius sedih giler cite ni tapi xde la smpai nangis, ..ni aku rasa filem animasi yg agak 'complete' la aku rasa)




jadiii, amacam? korang plak rasa camne? keseluruhannya aku lagi suka tgk filem malaysia dan sokong la indusri perfileman tanah air kita..majulah sukan utk negara
tapi jgn sampai lalai  dari jalan agama,dan jgn sampai jadi najis bak kata ustaz azhar idrus

ni hny la pendapat aku shj dan xde niat nak mengguris kereta sape2 pon

_dah_habis







You Might Also Like

0 Ribu mas kahwin

Dijemput KOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...