Tarikh Hari InI
00:29Assalamualaikum dan apa khabar semua
Walaupun sudah lama tidak menjengah blog aku ni, ada satu perasaan kerinduan untuk menulis membawa aku balik sini padahal bagi aku, banyak yang mengarut je sebenarnya haha.
Seperti yang semua sedia maklum, seluruh dunia mengalami satu pandemik virus disebabkan oleh seorang manusia di China buat keputusan untuk makan seekor kelawar (?) Mungkin itu cerita sebenarnya atau tak, korang boleh google sendiri. Sekarang Malaysia macam dihumban ke kancah huru-hara akibat golongan ahli politik dan juga rakyat sendiri?. Mungkin itu akan ditulis di kemudian hari.
Aku? Sekarang aku ni dah menginjak ke umur 28 dan oh, now i'm married to the love of my life and is blessed with one hancem boy haha. Punya la lama tak aktif. Aku sekarang ya, kerja sebagai fisioterapi. Dulu aku kerja di sebuah pusat fisio swasta di Bangi, setelah 2 tahun lebih kerja aku berhenti dan buat servis fisio sendiri ke rumah. Korang boleh tengok-tengok dekat https://www.facebook.com/reachrehabilitation
Support me guys.
Rasanya itu lah sedikit ringkasan tentang hidup aku. A lot has happened. Aku rasa pengalaman dan kejadian hidup yang membawa aku ke 'di mana aku' sekarang, mungkin 10% je la kot sama dengan apa yang aku jangka. Lagi 90%? Heck of a ride. Tetapi apa yang jadi, itu lah seharusnya mendewasakan kita dan buat kita bersedia untuk cabaran hidup seterusnya. Selepas tamat universiti, kau ingat akhirnya kau kerja dan kau fikir, oh ini lah dia, oh ini lah the ultimatum, aku akan kerja dan aku akan semangat buat benda tu semua untuk selama yang aku boleh.
Tetapi tidak. Setelah beberapa ketika, perasaan itu hilang. Dan itu kadang-kadang aku rasa mengembirakan aku. Aku dapat rasa yang aku nak buat benda lain, untuk cuba benda lain. Korang semua faham tak? Ia seperti period waktu sekolah atau universiti, apabila 4,5 tahun belajar lepas itu kau akan terus pergi ke tempat baru, cabaran baru, kejadian kehidupan-kehidupan baru. Get it?
Dan sekarang aku rasa nak menulis balik, tetapi dengan campuran kejadian kehidupan yang baru, yang membawa aku 'di mana aku' sekarang. Still a little bit lost, but i got a bigger torch.
Doakan semua yang baik-baik, untuk masyarakat Malaysia dan seluruh dunia.
_dah_habis
2 Ribu mas kahwin
Tu anak ke
ReplyDeleteya itu anak lelaki saya
DeleteDijemput KOMEN