Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CFS IIUM) part 2

20:45

Waka Waka ey ey ey Samina mina sangGarewa banannanana hoi ape aku menggila nih

Sekarang ni utk part 2 lak.Untuk yang x baca lagi PART 1 ,sila la baca ye

Bahaigan kedua ni plak aku ni nak cerita pasal

1. BELAJAR

Aku dulu masa mula-mula masuk aku dapat asasi sains hayat pastu aku tukar sains hayat bersekutu kutu babun masa sem terakhir aku.Tak tau la kenapa tapi sebab aku x berkenan nak belajar biotek kot.Kebanyakan program sciences amik subjek yang sama tapi ade la lain sikit.

asasi MEDIC,DENT,PHAR,BIO,ALLIED
-amik subjek sama-BIO,PHY,CHEM,MATH,COMPUTER 1 (basic comp)

asasi PHY,ENGINE
-x amik subjek bio, tapi diorang tambah math sampai level 3 dan computer 2

asasi AED
-aku xtau la sgt tapi ade la math cket,yg banyak nye melukis la

pastu subjek wajib amik utk sumer course
-BASIC THEMES OF AL-QURAN (belajar pasal Al-quran,bukan tilawah tapi tema2 utama)
-UNDERSTANDING ISLAM (utk budak bukan sekolah agama,belajar pasal rukun islam,iman sumer2 tuh)
-RELIGIONS IN MALAYSIA (utk budak sekolah agama,belajar pasal agama lain)
-COMPUTER 1 (belajar basic gler tapi banyak nk hafal)
-subjek2 ni adalah subjek sampingan yang sgt senang dan sepatutnya dapat skor tinggi la ye (ni semua org kata dan memang senang tapi xpenah-penah aku dapat A)
-ARAB DAN BI ,ni kalau korang x lulus time masa english dan arabic entrance test)

Utk subjek core cam bio,math  tuh setiap darinya ada 2 level dan kalau yang dua tahun tuh setiap sem korang akan ambik cam sem 1 ambik math 1 dan bio 1 pastu sem 2 chem 1 phys 1 pastu math 2 bio 2.

Ni sebagai pendapat aku bagi yg rase diorang bukan x pandai tapi malas belajar cam aku , aku dah siap susun tahap kesukaran subjek2 teras nih, tapi ni sekadar pendapat aku  la
yg senang PHYSICS, yg sederhana BIO, yg susah cket MATH, yg susah gler CHEM.
Sistem pemarkahan dia 50% final, pastu selebih quiz,assignment, lab, tutorial dan memandangkan aku ni jenis pemalas jadi markah quiz,tutorial memang hancor la der so trick nya kat sini korang kena la belajar sepanjang masa.


Kalau korang ni program dua tahun jadi masa lapang korang sememangnya banyak dan disebabkan ini ramai yg terpedaya dgn masa yg lapang dan penuh tipu daya ini.Masa sem 1 pertama dulu adalah sem yg paling pack jadual nya sebab amik arab ngan bi.Lepas tu jadual rilek ade sem aku kelas 4 hari je jumaat takde kelas.Manakala yg program setahun kelas korang pagi sampai petang la jwbnya tapi yg bagusnya korang habih la asasi lebih awal.

2. TEMPAT TINGGAL,MAKAN,LEPAK,MAIN

Disebabkan aku rasa time korang baca ni ,giler ah ade org baca ,sape yg dapat uia ni dah berpindah ke uia gambang dan xduduk kat pj lagi,jadi xpayah la aku cerita panjang.

Secara asasnya, korang akan duduk dekat mahallah dan setiap bilik korang akan mesti dapat course campur2 macam separuh sama atau ade la same 2,3,4 org.Kafe pon bnyk nanti kat gambang xtau la.Fasiliti ok la , yg paling sentap sekali wifi uia sangat xlaju dan diorang block bnyk benda jadi aku harap kat gambang nanti laju la ye tapi gambang tu kawasan hutan,haha.

Duduk kat pj ni sedap dan menyedapkan sebab banyak hiburan,kemudahan bas ,mall dekat2 senang nak beli jadi duit pun banyak habis kat benda hiburan yg melekakan ini.kalau kat gambang jap lagi korang mesti bnyk save duit sebab susah nak keluar pastu bleh lepak kat hutan tuh.ha kan ada gambang water park best la main air.

Jgn risau sebab uia x menghalang sesape nk bersukan,kemudahan sukan pun bnyk tapi yg penting dia asingkan lelaki perempuan kalau time biasa main petang2 diorang xbagi la lelaki tgk perempan main,perempuan tgk lelaki main dekat2 kalau tengok dari jauh tuh lain citer la ,cuma masa sukan tahunan tu (kat cfs ni dipanggil smac-sports and martial arts champ) diorang bagi la tgk dekat.Diorang tu sape? diorang ialah warden ,pakgad, fellow yg sentiasa pantau lelaki mana pakai seluar pendek tapi x selalu jadi jangan la risau.


3. AKTIVITI SAMPINGAN

Kalau korang duk sini korang akan rasa macam duduk sekolah balik, dengan suasananya, dgn aktiviti kelab,persatuan sama cam sekolah tapi sini students yg akan uruskan semua jadi agak seronok la aktiviti cam      
ade gak la yang kita suka. Dan kalau korang free join la mana2 persatuan.Aku rasa xde la beza sgt kot kalau dah bertukar kat gambang nanti cuma makin kurang la kot kemeriahan nya.

Sini jgk ramai wat bisnes, buat direct selling, servis komputer,jual internet sbb wifi uia laju sgt, jual hot dog,nasi lemak pon ade.

4. SUASANA

Gelagat pelajar kat cfs uia lepas aku compare dgn asasi lain same jer aku rasa.Walaubagaimana pun,kat sini kita dapat kurang nya lelaki berseluar pendek,kurang nya perempuan pakai ketat, kurang nya pergaulan bebas yg haha hihi huhu melainkan ada kaitan dgn diri seorang pelajar tapi dari masa ke semasa korang akan dgr dan nampak sendiri benda nih.

Kat cfs ni diorang masih lagi nak control budak2,dgn peraturan ketatnya dan aku rasa benda sama gak akan berlaku kat gambang. Bayangkan la budak x pergi jumaat pon di cek nya,bagus uia kan. Kalau mahallah korang ada budak2 yg rajin, tiap2 malam korang akan dengar budak baca Al-quran, nak suruh kita ni lena la tidur.

Kes kecurian pun sentiasa berlaku, ni kat u mana2 ade. jadi hati2 la dgn barang masing2. Ha kat sini kita panggil sesama kita brother dan sister atau singkat panggil bro atau sis dan korang jugak akan selalu ditegur dgn ucapan assalamualaikum dan senyuman manis bak gula-gula hacks, ni nilai yg diorang nk terapkan.selalunya senior akan tegur pada awal2 sem (kalau yg friendly)


Akhir sekali, segala benda yg kat atas2 ni mungkin lain dan mungkin sama dgn pusat asasi gambang nanti .Gambar x de sebab gambar sumer ade dalam laptop yg kene curi waaaaaa

dan boleh g grup kat facebook search je  cfs iium 2013/2014 pastu tekan join.

p/s .x penah2 aku semangat buat benda nih.sekadar nk berkongsi saje,lu langsi lu mati (tibe2)




_dah_habis

You Might Also Like

19 Ribu mas kahwin

  1. iya iya ... benar itu !!!

    sama jer kampus gue , tetibe indonesy kat sini ....

    nama pun ipta , no wonder lah , kena patuhlah ... ~~~ huhuu

    ReplyDelete
  2. haha.tmpt laen pon same gak eh.x cukup pengalaman la ni

    ReplyDelete
  3. Kalau asasi sains hayat memang kena pergi gambang ke?

    ReplyDelete
  4. sains hayat dan sains fizikal pon kat gambang nanti.nanti degree pon kat kuantan nanti

    ReplyDelete
  5. Assalam. Macam mana pemakaian di cfs iium bg pelajar perempuan? Misalnya semasa menghadiri kelas, outing dsb? Syukran jazilan.

    ReplyDelete
  6. pakaian cam biasa je.bj kurung,bj pape la yg penting tutup aurat.Jeans xleh.Yg paling utama dia xleh ketat2 la kot.Kalo ketat nk g outing pon xleh apatah lg nk g kelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh. Saya dengar kena pakai tudung plain bila pergi kelas. Tak boleh pakai tudung bercorak. Betul ke? And saya nak amik kos human science. Nanti saya akan belajar kat cfs nilai atau petaling jaya? Syukran lagi. *-*

      Delete
  7. memang pegi kelas kena pakai tudung plain rasanya.asasi human science dekat pj,yg dekat nilai tu dah tutup

    ReplyDelete
  8. Salam. Minta maaf nak tanya, perempuan memang wajib pakai tudung labuh yg besar tu ke atau tak kisah tudung apa yg penting tutup aurat?

    ReplyDelete
  9. waalaikumusalam
    tudung labuh yg besar?x wajib.
    yg penting tutup aurat,xkisah tudunng camne,
    tapi dekat asasi mgkin strict cket,mcm warna tudung kena plain, kalo dah masuk degree bebas cket

    ReplyDelete
  10. Mana lagi better asasi 1 tahun ke 2 tahun? Dan kalau macam saya takde basic bhs Arab yang kukuh, APA terjadi masa test nanti?

    ReplyDelete
  11. Shukran jazakallahu khoiron khatira atas segala maklumat. semoga Allah membalasnya dengan kebaikan. nak tanya, bahasa arab tu wajib jugak ke ambil kalau da lulus cemerlang time entrance tu? mintak maaf, yg tu ana kurang faham. em,kalau boleh dan jika tidak menyusahkan, boleh tak anta tlg tulis atau beritahu ana mcam mana nk mohon UIA? perlu beli no pin dan laman web apa dan bagaimanaa..? shukran :)

    ReplyDelete
  12. Shukran jazakallahu khoiron khatira atas segala maklumat. semoga Allah membalasnya dengan kebaikan. nak tanya, bahasa arab tu wajib jugak ke ambil kalau da lulus cemerlang time entrance tu? mintak maaf, yg tu ana kurang faham. em,kalau boleh dan jika tidak menyusahkan, boleh tak anta tlg tulis atau beritahu ana mcam mana nk mohon UIA? perlu beli no pin dan laman web apa dan bagaimanaa..? shukran :)

    ReplyDelete
  13. Assalam... sy dpt 9A spm2015. Tp bio n chemist jer sy dpt A+..agak2yer lar sy dpt x asasi pergigian.. sbb senior sy yg dpt asasi kebanyakanyer dpt a+ semua subjk sains... nk jd dentist..

    ReplyDelete
  14. Semester break selalunya bila ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usually after 7 weeks of lecture. Cuti for 1 week

      Delete
  15. Semester break selalunya bila ye?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. TQ Bro. Menarik & seronok baca. abis cam na laptop yg hilang tu ?

    ReplyDelete

Dijemput KOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...