Hero Kanak-Kanak
15:38Assalamualaikum
Salam Ramadhan untuk penahan-penahan nafsu sekalian
Semoga puasa tahun ni cukup ya
Aku masa kecik dulu masa puasa sanggup makan makanan yg terjatuh atas lantai. Ada sekali tu aku tgh asyik memandu kereta mainan (ala yg budak boleh masuk dalam pastu gerak guna kaki) . Kemudian ternampakla buah jambu yg sudah siap dipotong duduk tersipu-sipu kat atas lantai lalu dgn sekali lafaz aku pun ambil terus masuk mulut. Pastu lalu depan mama buat-buat happy tgh main. Bangang punya budak kecik. Entah jambu bila jatuh kat lantai...
Dan bila masuk bab budak-budak kecik ni, korang masa kecik dulu ada HERO tak? Minat ke, suka ke , nak jadi macam hero tu ke, ada tak?
Kalau dulu, masa kita bebudak kan kita mudah terpegun,terkesima, ter 'waaaa' kalau kita tgk ada seseorang buat benda-benda bersifat 'heroic'. Tak kisah la tu watak power rangers ke, ultraman, atau pun pak cik pertahanan awam yang datang rumah kita sebab ada ular sawa belakang almari bilik mak kita. Kita masa tu fikir nanti besar nak jadi macam tu la, nak tolong orang macam tu la. macam ni la. Hakikatnya memang kita budak-budak, tapi masa tu kita boleh rasa yang apabila kita besar, kita mampu jadi seperti hero-hero kita, mampu menjadi satu watak yg menyelamatkan, bukan hanya menonton .
Tetapi masa kecik aku lagi suka tengok anime dari kartun superhero dari barat. Kalau cerita cam batman, superman tu aku tak minat. Bila besar pun aku tak minat gak. Aku tgk orang jahat dalam cerita tu mesti superhero tu yang menyebabkan dia jahat. Yang aku paham kalau cerita superman, yg menyebabkan lex luthor si botak tu jahat sebab superman lah sebagai pemangkinnya atau dalam BI, catalyst puih.
Masa kecil apabila tengok cerita gerak khas kat tv2, wei aku dulu suka giler kot gerak khas tapi sekarang dah tak best macam dulu lagi, ada la rasa bila besar nak jadi macam abam-abam polis tu, menegakkan kebenaran, dengan menggunakan kuasaaaa kebenaraaaann katanya papazola.
Namun, apabila kita besar ni, kita dah makin kurang percaya dengan kuasa hero nih, watak-watak yg kita minat dulu kita dah jadi kurang minat, membuatkan kita rasa , kita bukannya polis buat apa nak pergi tolong org tangkap pencuri, ala kita bukan bomba buat apa sibuk nak tolong kucing atas pokok. Sesetengah dari kita hanya jadi penonton kepada kisah masyarakat (ni peringatan jgk untuk aku). Contoh nya kes yang budak mati kena langgar selepas ibu nya bawak keluar dari kereta sebab takut kereta tu meletup. Sebelum ni kereta dah berlanggar dengan penghadang jalan ke hape aku tak ingat. Mak nya dakwa setengah jam dia kat situ tak ada orang nak tolong , akhirnya ambulan datang lepas tu.
Aku pun kalau tetiba nampak 'kisah masyarakat' macam ni aku pun bukan tak nak tolong,tapi kadang - kadang tu tak tahu macam nak tolong. Tak tahu nak tolong mak cik lintas jalan macam mana,tak tahu nak tolong kakak mengandung angkat barang, tak tahu nak tolong ke tak tahan pintu utk orang kurang upaya. Pentingkan diri? Mungkin. Malu? Lagi malu kalau tak tolong, apa guna hidup bermasyarakat.
Heroic act? Aku cari kat internet terjumpa la makna dia, iaitu perbuatan yg tidak mementingkan diri utk tolong orang lain tanpa perlu pujian atau ganjaran dari org lain. Macam pernah dengar pulak. Nah, kita tidak perlu pun kuasa macam goku, mahupun spiderman, yg kita hanyalah perlu menjadi manusia yg berperikemanusiaan. Pergh ayat aku dah macam penceramah bebas yg tak dibayar.
Kalau tak mampu untuk tolong, mampu dgn ambil tahu. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh era dot fm. Kalau ambil gambar selfie tu ingat dgn belakang anda. Nanti depan dah lawa tapi belakang buruk. Entah apa fazli yaacob coklat kek merepek.
_dah_habis
0 Ribu mas kahwin
Dijemput KOMEN