Selamat Tahun Baru Cina
00:33Assalamualaikum..
Lama gila aku tak menulis dalam blog ni. Bukan kerana sibuk ke apa, tapi tahap kemalasan tu kadang-kadang merebak ke setiap aspek hidup aku termasuk la blog ni. Faktor kedua aku tak kemaskini atau dalam bi nya update blog ni adalah kerana aku tak pandai nak menulis bagi nampak lawa (camne tuh??).
Tahun baru cina pun dah berlalu, hari isnin ni nak masuk kuantan balik sambung sem 2 tahun pertama sebagai budak degree. Result 1st sem pon dah dapat. Takde la gempak sangat,bawah sedikit dari average budak kelas aku. Tapi kan, buat pertama kali sejak aku ambil exam setiap tahun, exam sem ni yang aku tak rasa pape pon. Maksud aku, bila dah masuk degree ni,dah tau nak kerja apa lepas ni ,jadi target aku nak enjoy2 je hidup kat universiti ni (apa punya belia la,tak berwawasan langsung.jgn jadi macam aku ok) Kadang-kadang aku rasa cukup2 la exam ni ,pastu keluar result, pastu exam lagi ,pastu kuar result.Kitaran belajar macam sama je,macam sama je.
Tapi bila dah habis satu sem ni, apa yang aku boleh cakap kursus ni best la,lecturer2 pon best, suasana pun best mcm kat sekolah balik sebab kitorang ada cam kelas sendiri (semua 29 orang), jadi takde la belajar dalam lecture hall. Dah la sem ni dah rasa kena cubit ngan rambut ditarik oleh madam aku sebab main2 dalam praktikal.
Jom kita beralih kepada isu lain pulak. Isu kangkong? boring..Isu harga minyak naik? tak kemana...Isu suhu sejuk kat klate ?menarik la sedikit. Paksi bumi pun dah tergerak tapi saintis pun dah predict benda ni cuma masa terjadinya la yang tak bleh predict. Di mana ia akan buat kita sedar, berapa lama lagi bumi ni akan terus berputar, berapa banyak lagi bencana yang nk menimpa kita ni terutama kat malaysia ni. Sampai menteri pun dah jadi saintis buat kajian kat antartika nuh.
Suasana kat Malaysia pun dah pelik2 aku tengok. Dulu masa kecik tak rasa apa pun (ke sebab aku kecik). Pemimpin pon dah jadi pelik2 aku tengok.
Kalau kita memilih untuk tidak mengetahui, bermakna kita memilih untuk jadi bodoh sombong. (bajet ada quote sendiri puih)
_dah_habis
0 Ribu mas kahwin
Dijemput KOMEN