Kisah Perlumbaan arnab vs kura-kura yg SEBENAR bhg 1

13:32

Seperti yg sedia maklum,kita tau yang dalam cerita arnab berlumba dgn kura2, kura2 yg menang...YE KE?

Di sini aku merungkai hal yg sebenar yg berlaku antara dua binatang tersebut.....

Ikuti kisah ini....


Hari isnin, bagaikan hari yg biasa buat KURKUR si kura-kura, dia sedang mencari makanan di celah2 pokok durian tanpa menyedari ada durian akan luruh dan menghempap beliau...

Dia tersedar dan cuba mengelak namun, kepantasan bak siput bab* yg beliau miliki telah menyebabkan KURKUR terpaksa mengalami kecederaan amat serius di hamstring

..cengkerang nya juga terbelah dua membuatkan beliau terpaksa membeli cengkerang baru...

"Aku nak beli yg titanium pulak la, baru x pecah.." bisik KURKUR




Tiba-tiba2, .. datang sekumpulan arnab mendekati KURKUR..

Ketua mereka berkata,

"Kau tgk kura2 lembab tu, dah la lembab,lambat,lebat,jebat..Slow nak mampos..nak jalan 0.1 inci pun ambik masa 8 jam.", kata MALIK si ketua geng arnab


"Selambat-lambat aku, aku selamat tau, kan biar lambat asal SELAMAT" kata KURKUR kerana tiada idea nak balas kata2 si MALIK terpaksa ambik slogan OPS SIKAP


"Mende ko cakap nih ha SIAL?!!" kata malik si ketua arnab


"hah,aku x kira, aku akan buktikan yg lambat tu akan menang jugak akhirnya" kata KURKUR si kura-kura


"Kau nak buktikan macam mana? nak gaduh ke hape" kata Malik si arnab


"Aku nak kita race,tgk sapa lembab, kita start kat damansara, pusing ke dataran merdeka, pastu masuk bukit jalil, pastu masuk simpang 3 putrajaya..Amacam?" cabar KURKUR


image from seratussatumalam.blogspot.com


Nota : Disini kita dapat lihat yg nak berlumba sebenarnya si kura-kura bukannya arnab seperti yg kita baca masa kecik2 dulu


"Ok set, esk pukul 9 pagi" janji si arnab


kemudian geng arnab tu pun blah, membiarkan KURKUR yg terpaksa mencari akal macam mana nak menang esk....memikirkan yg beliau tersgt la lembab...lalu KURKUR berjalan dgn perlahan menuju ke kedai mamak kepunyaan cik gajah...

Kurkur sering ke sana kerana beliau suka makan roti canai dan pekena teh tarik kat situ...kurkur memegang rekod Mengunyah paling LAMA kat sana iaitu satu jam 21 minit secebis roti canai..




JENG! JENG! JENG! nak tau kesudahan cerita ini?berjaya kah Kurkur menewaskan Malik?  nantikan sambungannya nanti



_dah_habis




You Might Also Like

0 Ribu mas kahwin

Dijemput KOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...