Assalamualaikum dan hi
3 hari lepas aku ada pergi PWTC (atau nama dia sekarang WTCKL, like what susah gila nak sebut) untuk sesi temujanji vaksin AstraZeneca, bagi dos yang pertama lah. Masa ini aku daftar masa KJ bukak untuk orang ramai awal-awal dulu.
Kalau yang terbaru ni, dia ada bukak jugak tapi untuk sesi ni ada sejuta lebih slot cuma tu lah, rasa nya ramai yang kecewa tak dapat daftar. Dah la kes covid makin naik, jadi orang ramai nampak makin resah terutama yang duduk di negeri yang kes ribu riban.
Mengikut keadaan badan aku lepas cucuk hari tu
1 Jam - rasa lenguh di tempat cucuk
6 Jam - mula rasa letih
12 jam - suhu badan mula rasa naik dan lenguh satu badan, jadi aku telan panadol
24 jam - suhu badan masih sama naik dan lenguh, nak angkat barang pakai tangan kiri dia jadi kejang dekat tempat cucuk
36 jam - suhu badan mulai normal cuma lenguh dekat buntut dan kaki, rasa nya sebab memang badan aku dah ada spasm otot dan memang ketat sebelum cucuk
48 jam - most lenguh mulai hilang, tinggal sikit je dekat tempat cucuk dan mula bekerja seperti biasa
Jadi itulah pengalaman badan aku selepas cucuk, orang lain mungkin kesan dia berbeza. Masa aku ambil untuk cucuk sejam lebih sebab dekat pwtc tu ramai gila orang dia jadi padat dekat perkarangan luar pwtc, rasa nya tempat PPV lain lebih elok.
Untuk yang akan pergi cucuk AstraZeneca, dinasihatkan untuk datang tak perlu awal, 15 minit sebelum pun okay, dan jika ada yang terlambat, bagitahu petugas untuk pelepasan. Jika terlambat sehari anda mungkin akan di senarai hitam dan di tolak lagi lambat vaksin anda dalam program vaksin negara.
Jangan lupa pen dan ic anda.
Vaksin AstraZeneca ni dikeluarkan dari program PICK asal kerajaan ekoran dari kajian yang menunjukkan ada segelintir nombor kes yang menunjukkan berlakunnya pembekuan darah selepas divaksin. Namun kebarangkalian itu berlaku teramatlah rendah dan peratusan untuk anda kemalangan jalanraya lagi tinggi sebenarnya. Setelah ramai yang cancel temujanji di MySejahtera setelah vaksin AZ ni umum, maka KJ decide untuk buat opt-in berbeza secara volunteer di beberapa negeri yang berisiko.
Beberapa kajian secara konklusifnya telah tunjuk yang vaksin AZ memang berkesan untuk mengurangkan kita jadi lebih parah setelah kena covid-19. Cuma isunya untuk varian-varian baru kerana varian ini telah bermutasi dan keberkesanan sudah berbeza-beza mengikut vaksin.
Ada kajian yang menunjukkan vaksin AZ ni cuma 60% berkesan menentang varian baru ini berbanding pfizer yang lebih tinggi, namun kajian ini agak tak menyeluruh kerana hanya sedikit sahaja subjek yang diambil.
Pun begitu usahlah risau, kerana banyak lagi kajian yang akan keluar dan harapnya lebih konklusif. Yang pasti, vaksin AZ ini telah berkesan menurunkan kes di UK dengan mendadak setelah ramai rakyatnya mengambil vaksin ini.
Jadi kita harap Malaysia juga akan menuju ke arah tu. Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh Nya
_dah_habis